5 Aug 2017

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenalpasti bahawa antara faktor keciciran di kalangan murid sekolah adalah disebabkan kemiskinan. Untuk mengatasi masalah ini, KPM telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah mulai Darjah Satu (1). Selaras dengan pelaksanaan dasar ini, satu Tabung yang dinamakan “Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin” ditubuhkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah. Berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan Tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan sumbangan pihak luar.

Objektif utama Bantuan KWAPM ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh.

JENIS DAN KADAR BANTUAN KWAPM







Nota: * Bantuan Am Persekolahan meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid. 


KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KWAPM
1. Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1).
2. Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
3. Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti berikut:
       
 










* NOTA: Sumber daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) JPM 

4. Pelajar BUKAN penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar.

Berdasarkan Surat Ikatan Amanah KWAPM yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan juga sumbangan daripada orang ramai.
  
BAGAIMANA ANDA BOLEH MENYUMBANG KE TABUNG KWAPM?
1. Mengkredit terus sumbangan atas nama SUMBANGAN TABUNG KWAPM ke akaun bank seperti berikut:

    MAYBANK NO. AKAUN : 5640 1611 7704*
*NOTA: Setelah kreditkan sumbangan, tuan/puan dipohon fakskan butiran diri dan transaksi (slip bayaran) kepada Unit KWAPM - Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, KPM di 03 - 8884 7611 / 7509 untuk cetakan resit rasmi.
2. Melalui Skim Sumbangan Potongan Gaji Bulanan Secara Sukarela Kakitangan Awam dengan mengisi borang potongan gaji bulanan yang dilampirkan dan mengemukakan kepada Unit Kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing.
3. Melalui cek berpalang/wang pos/kiriman wang atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan dialamatkan kepada:

    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Bahagian Kewangan
    Aras 6-7, Blok E12
    Kompleks Kerajaan Parcel E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 PUTRAJAYA
    Tel: 03-8000 8000

Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut tentang KWAMP, sila layari laman web  http://www.moe.gov.my/index.php/my/bantuan-pembelajaran/kumpulan-wang-amanah-pelajar-miskin-kwapm