5 Mar 2019

Cara Semak Keputusan STPM 2018

Cara Semak Keputusan STPM 2018. Berita gembira bagi lepasan STPM 2018 yang sedang menunggu keputusan. Melalui kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pada 2 Mac 2019, tarikh keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 dikeluarkan telah ditetapkan pada 11 Mac 2019. Hebahan ini berguna bagi lepasan STPM agar mengetahui tarikh sebenar keputusan dan akan memudahkan mereka bersedia dari segi fizikal dan mental.

Menurut kenyataan media tersebut, seramai 42,849 calon STPM telah menduduki peperiksaan ini pada tahun 2018 di 677 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 42,476 atau (99.13%) orang merupakan calon sekolah kerajaan, diikuti 162 (0.38%) adalah calon sekolah swasta, 195 (0.45%) calon persendirian, dan  16(0.04%) adalah calon sekolah kerajaan negeri.


CARA SEMAK KEPUTUSAN STPM 2018


Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12.00 tengah hari pada tarikh tersebut, manakala bagi calon persendirian atau individu keputusan akan dihantar melalui pos.

Keputusan STPM juga boleh di semak melalui Sistem Mesej Singkat (SMS):

STPM <jarak> RESULT <jarak><No. Kad Pengenalan> ke 15888


Semakan secara dalam talian/ online  boleh dibuat bermula jam 12.00 tengah hari dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia seperti berikut http://www.mpm.edu.my


Berikut adalah Kenyataan Media Majlis Peperiksaan Malaysia. Sila rujuk portal MOE untuk maklumat lanjut.