15 Jan 2024

Ketahui Tempoh Masa Renew Roadtax Selepas Perbaharui Insurans Kereta

Ketahui Tempoh Masa Renew Roadtax Selepas Perbaharui Insurans Kereta – Pernahkah anda terlupa untuk renew roadtax kereta selepas membayar insurans kereta anda atau tidak tahu bahawa ada tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan selepas insurans kereta dibayar?


Bagi yang belum mengetahui, sebenarnya memang ada tempoh tertentu yang telah ditetapkan selepas membayar atau memperbaharui insurans kenderaan anda. Tempoh yang ditetapkan adalah berbeza mengikut tempat untuk memperbaharui roadtax tersebut.




Tempoh Masa Yang Perlu Untuk Renew Roadtax Selepas Perbaharui Insurans Kereta


Bagi yang belum tahu tempoh yang ditetapkan, sila rujuk senarai dalam jadual dibawah untuk memastikan anda tidak terlewat untuk renew roadtax selepas renew insurans kereta anda pada masa akan datang.



 


Akibat Terlewat Renew Roadtax Selepas Memperbaharui Insurans Kereta


Anda tidak perlu risau kerana anda mungkin diminta untuk melanjutkan tempoh cukai jalan selama 6 bulan sahaja pada permulaan, dan tidak untuk tempoh 1 tahun secara keseluruhannya. Setelah tamat tempoh 6 bulan tersebut, anda perlu memperbaharui cukai jalan untuk tempoh seterusnya, juga selama 6 bulan.

 

Walau bagaimanapun, untuk pembaharuan cukai jalan kali kedua (lanjutan 6 bulan berikutnya), anda dikehendaki untuk menambah tambahan insurans terlebih dahulu sebelum memperbaharui cukai jalan. Ini diperlukan agar cukai jalan dan insurans boleh tamat tempoh secara serentak.

 

Jika anda gagal untuk memperbaharui cukai jalan selepas membayar insurans, anda akan dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa, terutamanya semasa melalui sekatan jalan raya.

 

Ini boleh menyebabkan kerugian besar kerana kos untuk memperbaharui cukai jalan jauh lebih rendah berbanding insurans. Akibat kealpaan anda yang tidak tahu atau terlupa memperbaharui cukai jalan, anda akhirnya terpaksa membayar jumlah yang jauh lebih tinggi hanya untuk membayar saman.