8 Feb 2022

Cara Transfer Duit ASB Ke Maybank2u Secara Online

Cara Transfer Duit ASB Ke Maybank2U Secara Online. Bagi yang sudah memiliki akaun Amanah Saham Bumiputra (ASB), dan telah pun mempunyai akaun secara online di portal MyASNB tentu ada yang belum mengetahui bahawa anda boleh membuat pengeluaran duit dari ASB terus ke akaun Maybank secara online tanpa perlu pergi ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen berdaftar ASNB. Ini amat memudahkan penyimpan untuk menguruskan wang mereka di masa pandemic ini untuk mengurangkan jangkitan Covid 19.


Sekiranya anda belum mempunyai atau membuka akaun di MyASNB anda bolehlah semak cara-cara untuk mendaftar di link ini :



Cara Transfer Duit ASB ke Maybank2U


Langkah 1

Sila Log Masuk ke portal MyASNB anda sekiranya sudah mempunyai akaun.






Langkah 2

Setelah log masuk paparan ini akan muncul, dimana anda hanya perlu klik bahagian Dana Saya untuk ke paparan seterusnya.





Langkah 3

Paparan ini akan muncul, anda perlu klik bahagian Jualan Balik dalam kotak yang bertanda merah.





Langkah 4

Seterusnya anda akan dikehendaki mengisi jumlah yang ingin dijual balik. Tanda pada kotak bahagian pengesahan Terma & Syarat dan klik pada butang seterusnya.




( Jumlah Minimum = RM100, Jumlah Maksimum = RM1000 terkumpul sebulan . Hanya 3 transaksi dalam sebulan )


Langkah 5

Untuk langkah terakhir, paparan seperti dibawah akan muncul. Anda perlu mengesahkan maklumat akaun bank, sekiranya ada kesilapan anda boleh mengemaskini semula maklumat bank anda. Sekiranya betul anda boleh terus membuat pengesahan transaksi dimana anda boleh memilih cara nombor TAC dihantar ke telefon bimbit yang telah didaftarkan dan kemudian klik butang Sahkan. Selesai.






Notifikasi transaksi yang berjaya akan dihantar ke emel anda. Proses transaksi ini akan mengambil masa 24 jam untuk muncul dalam akaun bank. So kena sabarlah. Semoga berjaya.