1 Nov 2018

Permohonan Online Kolej Profesional MARA Ambilan Januari 2019

Permohonan kemasukan secara online ke Kolej Profesional MARA Ambilan Januari 2019. Berita baik bagi lepasan SPM yang masih belum mendapat mana-mana tempat belajar dan berminat untuk mengambil program diploma, kini permohonan kemasukan secara online telah pun dibuka bagi ambilan Januari 2019. Pelbagai program menarik yang ditawarkan oleh Kolej Profesional MARA.



Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 1 November 2018 dan akan ditutup pada 30 November 2018.


Syarat Kelayakan

Sebelum membuat permohonan anda boleh menyemak syarat kelayakan bagi setiap program yang ditawarkan di link ini >>  Semak Syarat Kelayakan Program

Bagi syarat am kemasukan adalah seperti berikut:

a. Bumiputera
b. Warganegara Malaysia
c. Lepasan SPM

Program-program yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA:

1.     Diploma in Accountancy (DIA)
2.     Diploma in Business Studies (DBS)
3.     Diploma in Computer Science (DCS)
4.     Diploma in Agro Business (DAB)
5.     Diploma in Entrepreneurship (Den)
6.     Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
7.     Diploma in English Communication (DEC)
8.     Diploma in Computer Networking (DCN)
9.     Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
10.   Diploma in International Business (DIB)
11.   Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
12.   Diploma in Marketing (DMk)
13.   Certified Accounting Technician (CAT)

Cara Memohon

Permohonan hanya boleh dibuat secara online melalui pautan dibawah:


Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan terperinci sila hubungi UPIM Bahagian Pendidikan Tinggi MARA :

Tel: 03-26134074 / 4075 / 4076 / 4077 / 4081