15 Mar 2018

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA 2018



Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia ambilan 2018. Bagi pemohon yang sebelum ini telah membuat permohonan kemasukan pada 3 April 2017 sehingga 15 September 2017 untuk masuk ke Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur ambilan 2018, anda kini boleh menyemak surat panggilan kemasukan anda.

Semakan ini membolehkan calon mengetahui keputusan permohonan mereka sama ada berjaya atau pun tidak diterima masuk ke sekolah seni ambilan 2018. Berikut dikongsikan cara untuk menyemak keputusan ke sekolah seni untuk rujukan calon.



Cara Semakan

Semakan boleh dibuat secara online melalui pautan https://essem.moe.gov.my

Masukkan nombor Kad Pengenalan calon di bahagian Semakan. Calon yang berjaya dan diterima boleh terus mencetak surat tawaran dan lampiran melalui e-SSem.

Tarikh semakan sudah boleh dibuat bermula 15 Mac 2018 (Khamis) bermula jam 11.00 pagi.

Bagi calon yang berjaya tahniah diucapkan.