13 Apr 2018

Permohonan Online Kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia Sesi 2019

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA SESI 2019 SECARA ONLINE (e-SSeM). Bagi ibubapa yang ingin menghantar anak mereka ke Sekolah Seni Malaysia, makluman bahawa sistem permohonan secara online (eSSEM) akan dibuka tidak lama lagi. Pemohon digalakkan untuk membuat permohonan awal untuk mendapat tempat ke sekolah seni pada tahun depan.

Untuk pengetahuan, terdapat 3 buah Sekolah Seni Malaysia utama iaitu Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam Masai, Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching dan Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L. Dua (2) buah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni adalah seperti SMK Muhibbah Sungai Siput Utara Perak dan SMK Elopura Sandakan Sabah.



 

SYARAT PERMOHONAN

Syarat untuk masuk ke Sekolah Seni Malaysia, pemohon mestilah warganegara Malaysia, sihat tubuh badan dan yang penting pemohon mestilah minat dalam bidang seni mempunyai bakat dan berpotensi dalam bidang ini termasuklah dalam Seni Visual, Seni Tari, Teater atau Muzik. Untuk membolehkan permohonan kemasukan diproses dan di pertimbangkan, permohonan hanya boleh dibuat secara 'Online' sahaja.

SYARAT KEMASUKAN

1. Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
2. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
6. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
7. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga

CARA MEMOHON
Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja. Pemohon boleh melayari portal    https://essem.moe.gov.my/

Tarikh permohonan dibuka bermula pada 16 April 2018 ( Isnin) Jam 12.00 Tengahari  sehingga 15 September 2018.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Status permohonan masuk ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, boleh disemak pada pertengahan bulan Disember.

Maklumat Lanjut
Bagi ibubapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pendaftaran boleh terus menghubungi pegawai seperti di bawah::

1. Zuraini Binti Abu Hassan
    Tel : 03-88721620

2. Nurulhaslinda Binti Zolkernain
    Tel : 03-88721659

    Atau emelkan pertanyaan ke :
    Email : mohonssem@moe.gov.my