4 Sept 2023

Skim Perubatan MADANI Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Skim Perubatan MADANI telah diperkenalkan khas untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan untuk mendapatkan rawatan percuma di klinik yang terpilih. Skim ini telah dibentangkan dalam pembentangan Belanjawan 2023 dan memberi manfaat kepada penerima STR secara automatik.







Apakah Skim Perubatan MADANI

 


Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut) di 21 daerah.

 

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.

 

Lebih kurang 700,000 isi rumah boleh mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut yang diperlukan di GP secara percuma dan ianya dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.


Skim Perubatan MADANI ini sedang dilaksanakan di 21 daerah iaitu Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut, Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah), Kota Setar, Kuala Muda (Kedah), Kuala Terengganu, Kuala Nerus (Terengganu), Kota Bharu, Pasir Mas (Kelantan), Kuantan (Pahang), Melaka Tengah (Melaka), Seremban (Negeri Sembilan) dan Perlis.

 

Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama diantara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut.



Kelayakan Skim Perubatan MADANI



-Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.


-Kelayakan adalah secara automatik.


-Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.



Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut Merangkumi



-Demam dan Selsema

-Cirit Birit dan Muntah

-Terseliuh

-Sakit Kepala

-Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain



Senarai di bawah TIDAK TERMASUK di dalam senarai rawatan Skim ini:

 


-Imunisasi/Vaksin Rutin

-Saringan Kesihatan 

-Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin

-Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala)

-Perancangan Keluarg

-Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisitoterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja)

-Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor

-Permintaan Suplementasi

 


Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI 



1.Isi Rumah Berkeluarga – RM250

2.Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125

3.Bujang – RM75



Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Skim Perubatan MADANI