4 May 2023

Cara Memohon Online Ke Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2 2023/2024

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2022 dan ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2 2022/2023 pengambilan Julai. Program diploma KPM merupakan peluang pengajian yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.

 

Permohonan Online Kolej Profesional MARA, Cara Memohon Online KPM

KPM menyediakan peluang lanjutan pengajian dalam bidang Perakaunan, Perniagaan Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Pengurusan Media Digital Kreatif, Komunikasi Bahasa Inggeris, Industri Halal, Pengurusan Logistik, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan, Landskap & Hortikultur serta Pemasaran.

 

Program ini terdiri daripada tiga belas (13) kluster program seperti berikut:

 

(i) Diploma in Accounting (DIA)

(ii) Diploma in Accounting with Certified Accounting Technician (DCAT)

(iii) Diploma in Business Information Technology (DBIT)

(iv) Diploma in Business Studies (DBS)

(v) Diploma in Computer Science (DCS)

(vi) Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)

(vii) Diploma in English Communication (DEC)

(viii) Diploma in Entrepreneurship (DEN)

(ix) Diploma in Halal Industry (DHI)

(x) Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)

(xi) Diploma in International Business (DIB)

(xii) Diploma in Islamic Finance (DIF)

(xiii) Diploma in Landscape & Horticulture (DLH)

(xiv) Diploma in Marketing (DMK)


 

Panduan Dan Cara Memohon


• Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di laman sesawang MARA http://www.mara.gov.my serta laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) https://hi-edu.my/ bermula 03 April 2023 sehingga 30 Jun 2023.


PERINGATAN: Pada peringkat PERMOHONAN, calon lepasan SPM 2022 DIWAJIBKAN untuk mengisi maklumat keputusan SPM dengan keputusan peperiksaan percubaan SPM ATAU keputusan peperiksaan akhir tahun.


• Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.


• Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat. Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan calon sahaja.


 

Syarat Dan Kriteria Pemilihan

 

a. Memenuhi Syarat Am kemasukan ke program diploma KPM adalah seperti berikut:


i. Warganegara Malaysia

ii. Berstatus Bumiputera bagi pemohon DAN ibu ATAU bapa; dan

iii. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun.

iv. Berumur 18 tahun pada tahun 2023 (lepasan SPM 2022) bagi program Diploma in Accounting with Certified Accounting Technician

 

b. Memenuhi Syarat Kelayakan Khusus/Akademik:


Sila rujuk lampiran-lampiran berikut untuk syarat-syarat kelayakan bagi:

i. Program Diploma KPM: LAMPIRAN 1

 

c. MARA juga mempertimbangkan calon-calon yang memenuhi kriteria berikut:


i. Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;

 

ii. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

 

iii. Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;

 

iv. Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah; dan

 

v. MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.

 

Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila- bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.


 

Tarikh Tutup Permohonan


Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2023 pada jam 11:59 malam. Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. 


Untuk maklumat lanjut dan lengkap sila layari laman sesawang MARA http://www.mara.gov.my.