8 Mar 2019

Tarikh Rasmi Dan Cara Semak Keputusan SPM 2018


Tarikh Rasmi Dan Cara Semak Keputusan SPM 2018. Bagi para lepasan SPM 2018 yang sedang menunggu keputusan SPM mereka, bulan Mac ialah bulan yang ditunggu-tunggu kerana pada setiap tahun keputusan SPM  akan diumumkan pada bulan tersebut.


Sekali lagi pada tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan keputusan SPM 2018 akan diumumkan pada 14 Mac 2019 iaitu pada hari Khamis. Pengumuman tarikh ini telah diumumkan melalui kenyataan media yang telah dikeluarkan melalui portal KPM pada  6 Mac 2019.

Cara Semak Keputusan SPM 2018



Calon SPM boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing pada hari yang sama keputusan SPM diumumkan selepas jam 10.00 pagi.

Bagi calon persendirian pula, keputusan SPM mereka akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan sebelum ini.

Keputusan SPM juga boleh disemak melalui SMS seperti di bawah :


Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 14 Mac 2019 dan akan ditamatkan pada jam 6.00 petang pada 20 Mac 2019.


Keputusan SPM juga boleh disemak secara online melalui laman web Lembaga Peperiksaan (LP)  melalui sppat.moe.gov.my/semakan


Berikut adalah kenyataan media dari portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) :



Lihat Juga : Cara Semak Keputusan STPM 2018