19 Oct 2018

Kawasan Diwartakan Sebagai Tempat Larangan Merokok


Kawasan Diwartakan Sebagai Tempat Larangan Merokok. Seperti yang telah sedia maklum melalui media-media dan akhbar tempatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan arahan berkenaan larangan merokok di restoran serta premis makanan dan juga tempat terbuka berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.

Bermula pada 1 Januari 2019, sekiranya orang awam atau perokok-perokok tidak mengendahkan atau mengingkari peraturan yang telah ditetapkan mereka boleh diambil tindakan dibawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dibawah Akta Makanan 1983 (Akta 324) di mana boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.


23 Tempat Larangan Merokok

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewartakan 23 kawasan sebagai tempat larangan merokok. Tempat yang diwartakan adalah seperti berikut:

1.         Dalam mana-mana kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta
awam terbuka
2.         Dalam mana-mana kawasan awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
3.         Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak-kanak
4.         Dalam mana-mana kawasan premis kerajaan
5.         Dalam mana-mana menara cerapan, tapak perkemahan, titian kanopi, dan
lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri
6.         Di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater kecuali mana-mana pub, disko,
kelab malam atau kasino
7.         Di dalam mana-mana kawasan hospital atau klinik
8.         Di dalam mana-mana lif atau tandas awam
9.         Di dalam mana-mana tempat makan atau kedai berhawa dingin
10.       Di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
11.       Di dalam mana-mana tempat yang kerja berhawa dingin dengan suatu sistem
hawa dingin berpusat
12.       Di dalam mana-mana bas sekolah
13.       Di dalam mana-mana lapangan terbang
14.       Di mana-mana kawasan kafe internet
15.       Di mana-mana kawasan tempat latihan khidmmat negara
16.       Di mana-mana kawasan perpustakaan
17.       Di mana-mana bangunan atau tempat permainan kanak-kanak atau taman
18.       Di mana-mana kawasan di kompleks membeli-belah
19.       Di mana-mana kawasan stesen minyak
20.       Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan
di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman
21.       Di mana-mana kawasan stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan
atau gymnasium
22.       Di mana-mana kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
23.       Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan



Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia