5 Oct 2018

CARA DAN PANDUAN LINK TABUNG HAJI DENGAN MAYBANK

Cara dan panduan link akaun Tabung Haji ke kad ATM Maybank. Dengan mendaftar akaun Tabung Haji ke kad ATM Maybank akan menjimatkan masa anda untuk membuat transaksi ke akaun Tabung Haji melalui mesin ATM atau online Maybank2u sahaja. Dengan ini anda tidak perlu bersusah payah untuk datang ke kaunter Tabung Haji untuk berurusan.

Antara perkhidmatan Tabung Haji melalui ATM Maybank ialah pengeluaran tunai TH melalui ATM, simpanan/ deposit ke akaun TH melalui CDM Maybank, pindahan/online transfer, menyemak baki akaun TH dan juga mendaftar haji.

Untuk mendaftar akaun Tabung Haji anda ke Maybank amatlah mudah dan boleh dilakukan di mesin ATM Maybank di mana-mana cawangan berdekatan dengan anda. Apa yang perlu untuk mendaftar akaun TH ialah kad ATM Maybank dan juga buku akaun Tabung Haji.






CARA HUBUNGKAN TABUNG HAJI DENGAN MAYBANK

Berikut adalah cara dan langkah mendaftar akaun Tabung Haji di mesin ATM Maybank anda. Proses pendaftaran adalah percuma.

LANGKAH 1  Masukkan Kad ATM Maybank anda beserta Nombor Pin



LANGKAH 2  Pilih menu TABUNG HAJI (TH)



LANGKAH 3  Pilih menu Daftar Akaun TH Ke ATM Kad



LANGKAH 4  Masukkan Nombor Akaun TH anda (Rujuk buku akaun TH)



LANGKAH 5  Masukkan Nombor Siri Buku Akaun TH anda (Rujuk buku akaun TH)



LANGKAH 6 Nombor Akaun dan Nombor Siri Buku Akaun TH anda akan dipaparkan. Klik Ya



Semoga perkongsian cara dan langkah hubungkan akaun Tabung Haji ke kad ATM Maybank ini akan memberi manfaat kepada semua terutama sekali kepada pemegang akaun Tabung Haji.