14 Aug 2018

Cara Mendaftar Dan Syarat Kelayakan Memohon E-Kasih


Cara Mendaftar Dan Syarat Kelayakan Memohon E-Kasih. Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan diperingkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.



Secara kesimpulannya eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengumpul maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Untuk lebih pemahaman kepada masyarakat, Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih sebenarnya bukannya agensi yang memberi bantuan tetapi sistem yang dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk memilih mereka yang betul- betul layak untuk menerima bantuan melalui data yang dikumpul.

Oleh yang demikian kepada Ketua Isi Rumah (KIR) atau individu yang ingin memohon bantuan perlu mendaftar ekasih terlebih dahulu sebelum memohon kepada agensi-agensi berkaitan yang memberi bantuan.


Syarat Kelayakan Memohon eKasih

  • Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2012. Sila rujuk jadual dibawah.


  • Isirumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan Bandar.

Cara Mendaftar/Memohon eKasih

Bagi individu yang ingin mendaftar, anda boleh merujuk kepada Pejabat Daerah masing-masing atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN).



Semoga panduan dan info ini akan memberi sedikit sebanyak maklumat berkenaan eKasih dan bagi mereka yang layak anda bolehlah mendaftar segera. Anda juga boleh membuat semakan status pendaftaran secara online di portal e Kasih.