14 Aug 2018

Cara Memohon Dan Syarat Kelayakan Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan

Cara Memohon Dan Syarat Kelayakan Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan. Berita baik untuk anak-anak dari Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di IPTA secara sepenuh masa bagi kemasukan semester pertama tahun 2018/2019.


Permohonan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan telah pun dibuka untuk anak-anak daripada keluarga yang berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan. Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Ogos 2018.


Syarat Kelayakan Am

Sila rujuk syarat-syarat kelayakan am untuk memohon dibawah:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan KL / Putrajaya / Labuan)
  3. Pemohon / ibu / bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan 
  4. Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,500.00 sebulan
  5. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan dari badan penaja lain
  6. Tawaran tertakluk kepada :
                -  Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam
                -  Kemasukan ke semseter 1, tahun 1


Syarat Kelayakan Akademik

  1. Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM
  2. Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.00 dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan STPM / Matrikulasi / Asasi / Pra-Universiti / Foundation atau Diploma


Cara Memohon

Sila pastikan pemohon membaca arahan dengan teliti sebelum memohon.

  1. Pemohon dikehendaki memuat turun borang di sini  
  2. Borang Permohonan mestilah diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR
  3. Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport
  4. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar :
  • Surat Beranak
  • Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga
  • Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja
  • Surat tawaran kemasukan ke IPTA (jika ada)
  • Keputusan / transkrip peperiksaan :
                   - SPM
                   - STPM / Matrikulasi / Asasi / PraiUniversiti / Foundation atau Diploma

Sila catatkan " Skim Biasiswa Pengajian Tinggi " pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Borang permohonan beserta dokumen hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:

Yayasan Wilayah Persekutuan
Wisma YWP, No. 134,
Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu,
50300 Kuala Lumpur

E : info@yayasanwp.org.my
T : +603 2698 3073 / 2073 / 3536 / 3430
F : +603 2698 3075


Tambahan

Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak benar.

Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.