16 Jul 2018

Permohonan Jawatan Pembantu Arkib Gred S19 – 8 Kekosongan


Permohonan jawatan Pembantu Arkib Gred S19 8 kekosongan. Calon-calon yang ingin menyertai perkhidmatan awam haruslah mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut:

1) Mempunyai keterampilan yang baik
2) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
3) Mempunyai bakat kepimpinan
4) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
5) Mempunyai kelayakan/profesionalisme yang sesuai dengan jawatan



Keutamaan akan diberi kepada calon yang memiliki mata pelajaran Sejarah.

Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan ini tidak perlu lagi mendaftar semula tapi perlu memastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 29 Julai 2018 (Ahad) jam 11.59 malam.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai syarat lantikan sila layari: http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/spm-sijil/3257

Permohonan boleh dibuat secara online di portal SPA : www.spa.gov.my