13 Mar 2018

PERMOHONAN ONLINE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN 2018

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN 2018. Berita baik untuk lepasan SPM 2017. Bagi mereka yang berminat untuk menjadikan profesion guru sebagai kerjaya dan mempunyai minat mendalam serta komited dalam bidang ini, anda kini berpeluang untuk mencapai hasrat tersebut.



Bagi calon-calon lepasan SPM yang berminat, anda dipelawa untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2018 di Institut Pendidikan Guru (IPG) dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Di sini di kongsikan butiran peberitahuan yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini berkenaan dengan permohonan PISMP 2018 untuk membolehkan orang awam mengetahui maklumat ini.


SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

Sila rujuk syarat kelayakan untuk memohon yang telah ditetapkan:
1. Warganegara Malaysia
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018
3. Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum
4. Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
5. Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
6. Lulus Bahasa Inggeris


TARIKH PERMOHONAN

Tarikh Permohonan Dibuka    : 13 Mac 2018
Tarikh Tutup Permohonan      : 28 Mac 2018  (11.59 malam)


CARA MEMOHON

Pemohon boleh membuat permohonan secara online di pautan https://pismp.moe.gov.my

Tapisan akan dibuat berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan.

Pemohon dibenarkan mengemukakan 1 permohonan sahaja dan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan.


MAKLUMAT LANJUT

Pemohon dinasihatkan agar merujuk ke portal rasmi http://www.moe.gov.my untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan dan berita-berita terkini.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan permohonan boleh dibuat dengan menghubungi alamat serta nombor telefon yang tertera dibawah :


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6720/6730/6768/6627/6758/6693/6733/6731/6769/6761/6689/6760