3 Feb 2018

SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM) 2018

SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM) 2018. Mungkin masih ramai ibubapa yang tidak mengetahui bahawa setiap anak mereka yang bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan dilindungi oleh insuran melalui skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM). Bayaran sumbangan Skim TPSM ini akan dibayar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Kewangan terus kepada Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Dengan adanya skim ini, anak-anak akan mendapat manfaat perlindungan sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Anda boleh rujuk  => Surat Pelaksanaan TPSM 2018

PERLAKSANAAN SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA 

Peserta skim terdiri daripada murid prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan tingkatan enam, mestilah warganegara Malaysia yang berdaftar di bawah sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Kerajaan akan menyumbang sebanyak RM1.50 setahun bagi setiap murid.

Bagi murid yang bukan warganegara yang berdaftar di bawah sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan boleh menyertai Skim TPSM ini dengan membayar sumbangan TPSM sebanyak RM1.60 (termasuk GST) setahun melalui sekolah masing-masing.

Jangka masa atau tempoh perlindungan skim ini berkuatkuasa dari 1 Januari tahun semasa sehingga 31 Disember tahun semasa yang mana memberi perlindungan 24 jam sehari meliputi seluruh dunia. Perlindungan ke atas murid-murid ini tamat serta merta apabila murid tersebut berhenti atau diberhentikan daripada sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Anda boleh rujuk Kekecualian, Skop Perlindungan dan Syarat-Syarat  => Appendix A TPSM 2018 

PANDUAN DAN TATACARA TUNTUTAN

Semua tuntutan haruslah dikemukakan kepada Syarikat Takaful Malaysia Berhad melalui pihak sekolah dengan menggunakan Borang Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia yang boleh diperolehi di Cawangan Takaful Malaysia Berhad atau dimuat turun dari laman web Syarikat Takaful Malaysia Berhad www.takaful-malaysia.com.my dan disokong oleh dokumen-dokumen berkaitan sepertimana yang telah ditentukan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad. 

Anda boleh rujuk Panduan dan Tatacara Tuntutan disini  => Appendix B TPSM 2018
Anda boleh Muat turun  => Borang Tuntutan TPSM 2018

Sebarang pertanyaan berkaitan pelaksanaan TPSM ini boleh dibuat ke :

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) di alamat emel bahrin@moe.gov.my
atau

Di talian 03-88849432 / 03-88849390.