6 Feb 2018

JADUAL KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2018 – TARIKH DAN LOKASI



KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2018

Semestinya acara KarnivalPendidikan MARA ini sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh para Lepasan SPM pada setiap tahun dan menjadikan acara ini sesuatu acara yang wajib diadakan untuk memberi serta peluang kepada mereka yang ingin mencari IPTA, IPTS, Politeknik, kolej-kolej untuk menyambung pengajian.

Dan pada tahun ini seperti biasa Karnival Pendidikan MARA 2018 akan membuka tirainya pada bulan Mac nanti dimana ia akan dibahagikan kepada beberapa zon seperti Zon Tengah, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Utara, Sarawak dan seterusnya Sabah.

Sila rujuk jadual, tarikh dan lokasi di bawah untuk acara karnival ini. Pameran bermula jam 10.00 Pagi sehingga 6.00 Petang di semua lokasi.

JADUAL KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2018 – TARIKH DAN LOKASI

ZON
TARIKH/HARI
TEMPAT
TENGAH
Kuala Lumpur
10 – 11 Mac 2018
(Sabtu & Ahad)
Lobi Medan MARA
Lobi Busana MARA dan Hotel Premiera (Aras 6), Kuala Lumpur
TIMUR
Terengganu
14 – 15 Mac 2018
(Rabu & Khamis)
Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu, Terengganu
SELATAN
Johor
17 – 18 Mac 2018
(Sabtu & Ahad)
Plaza Angsana,
Johor Bahru, Johor
Sarawak
17 – 18 Mac 2018
(Sabtu & Ahad)
The Hills Shopping Mall, Kuching Sarawak
UTARA
Kedah
21 – 22 Mac 2018
(Rabu & Khamis)
Dewan Kenangan MPSP, Sg Petani Kedah
Sabah
24 – 25 Mac 2018
(Sabtu & Ahad)
Centre Point Sabah,
Kota Kinabalu Sabah
 
  
AKTIVITI YANG DIADAKAN DI KARNIVAL PENDIDIKAN  MARA 2018

Banyak aktiviti yang diadakan sempena karnival ini yang akan memberi manfaat bagi Lepasan Sekolah. Antara aktiviti yang akan dibuat:
*      Pendaftaran Online Institusi Pendidikan MARA
*      Maklumat Pendidikan IPTS & IPMA
*      Pendaftaran Alumni MARA
*      Ceramah Kerjaya
*      Kaunseling Kerjaya
*      Jualan Usahawan
*      Photo Booth
*      Cabutan Bertuah
*      Food Truck

Lepasan Sekolah juga  membuat permohonan terus serta temuduga terbuka yang akan dibuat oleh institusi-institusi yang terlibat dengan karnival ini. Pengunjung tidak perlu risau kerana masuk adalah percuma. Untuk maklumat lanjut berkenaan karnival ini bolehlah menghubungi terus seperti di bawah :

Bahagian Komunikasi Korporat
Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2613 4856/42/43/51 atau Faks : 03- 2692 7386