14 Nov 2017

Permohonan Online Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018



Bermula pada 13 November 2017, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan murid secara online  untuk kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM bagi Tahun 2018. Permohonan dibuka hingga 24 Disember 2017.

Bagi mereka yang berminat boleh membaca Panduan Permohonan kemasukan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan online supaya tidak ada kesilapan yang berlaku kerana kesilapan mengisi borang permohonan boleh menyebabkan PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.

Pemohon boleh membuat permohonan di   https://sst4.moe.gov.my

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, anda bolehlah melayari laman web rasmi KPM di www.moe.gov.my