5 Aug 2018

Cara Semak Baki Penyata SSPN-i/SSPN-i Plus Secara Online


Bagi ibubapa yang telah membuka akaun SSPN-i/SSPN-i Plus untuk anak-anak sudah semestinya ingin menyemak akaun anak mereka setiap bulan bagi melihat penyata atau menyemak baki penyata akaun agar ianya berjalan dengan lancar. Untuk memudahkan ibubapa membuat semakan tanpa perlu pergi cawangan PTPTN, mereka boleh membuat semakan secara online sahaja.


Oleh kerana saya juga mempunyai 2 orang anak yang telah mempunyai akaun SSPN-i Plus saya sering melihat penyata akaun mereka secara online pada setiap bulan. Di sini saya akan tunjukkan secara ringkas cara menyemak penyata SSPN.


Langkah 1 – Sila klik ke laman web https://www.ptptn.gov.my . Kemudian klik icon dalam bulatan merah.

semak baki penyata sspn-i


Kemudian klik Semakan Penyata seperti dalam bulatan merah di bawah.

semak baki penyata sspn-i


Langkah 2 -  Masukkan no KP pendeposit dan klik cari.
semak baki penyata sspn-i


Langkah 3 – Seterusnya paparan seperti dibawah akan muncul dan anda akan dapat melihat akaun  yang telah didaftarkan. Kemudian klik pada bulatan merah Semakan Penyata SSPNi Plus.
semak baki penyata sspn-i



Langkah 4 – Paparan seperti dibawah akan keluar dan sila daftar dulu bagi pengguna baru sebelum boleh log masuk.
 


Langkah 5 – Isikan semua maklumat yang diperlukan dan setelah membuat pengesahan sila klik hantar.
 



Langkah 6- Setelah selesai mendaftar anda sudah boleh log masuk dan melihat penyata akaun anak anda.
 
semak baki penyata sspn-i



Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada ibubapa.