24 Aug 2021

Cara Daftar Anak Atau Ahli Keluarga Di Aplikasi MySejahtera

Cara daftar nama anak atau ahli keluarga di aplikasi MySejahtera. MySejahtera merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam mengawal penularan wabak COVID-19 dalam negara serta memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapatkan maklumat awal supaya tindakan yang cepat dan berkesan dapat diambil.


Cara Daftar Anak  Atau Ahli Keluarga Di Aplikasi MySejahtera

Pada masa yang sama, aplikasi ini membantu individu mengenalpasti tahap kesihatan mereka, mendapat bantuan kesihatan serta tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID -19, dan mengenalpasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID -19.


Sebelum ini hanya seorang individu sahaja yang boleh menggunakan aplikasi ini untuk mendaftar masuk/check-in di mana-mana pasaraya, restoran, kedai atau premis yang ingin dikunjungi. Aplikasi MySejahtera ini telah ditambahbaik dan membolehkan individu mendaftarkan nama anak atau ahli keluarga lain yang tidak mempunyai telefon pintar atau tidak tahu menggunakan aplikasi MySejahtera terutama kanak-kanak dan warga emas.


Ini membolehkan dan memudahkan check-in ke lokasi menggunakan satu aplikasi sahaja. Cara untuk mendaftarkan nama ahli keluarga dalam aplikasi MySejahtera ini sangat mudah dan cepat. Anda boleh mengikuti cara mendaftar seperti berikut.



Cara-Cara Mendaftar Nama Anak Atau Ahli Keluarga Di MySejahtera  


Langkah 1

Log-in ke aplikasi MySejahtera dibahagian Home. Klik ikon More.


Cara Daftar Anak  Atau Ahli Keluarga Di Aplikasi MySejahtera

Langkah 2

Kemudian klik Manage Dependents.


Cara Daftar Anak  Atau Ahli Keluarga Di Aplikasi MySejahtera

Langkah 3

Bahagian ini akan dipaparkan, klik Add Dependents.


Cara Daftar Anak  Atau Ahli Keluarga Di Aplikasi MySejahtera

Langkah 4

Paparan ini memerlukan maklumat ahli keluarga yang ingin dimasukkan perlu diisi dengan lengkap. Setelah maklumat telah diisi sila tekan butang Save. Maklumat telah pun di simpan. Sekiranya ingin menambah nama bolehlah mengulangi cara yang sama.


Cara Daftar Anak  Atau Ahli Keluarga Di Aplikasi MySejahtera

Apabila hendak Check-in di premis yang dituju paparan ini akan muncul, sekiranya check-in dengan penama yang didaftarkan sila klik kotak di sebelah nama. Sekiranya check-in berseorangan anda tidak perlu klik dan terus tekan butang Check-in sahaja.


Cara Daftar Anak  Atau Ahli Keluarga Di Aplikasi MySejahtera

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu untuk menambah dan mendaftarkan nama ahli keluarga di aplikasi MySejahtera.











This Is The Newest Post