12 Sept 2017

Download Borang Permohonan Biasiswa Sony Malaysia Secara Online

Bagi pelajar institut pengajian tinggi yang masih mencari bantuan pengajian, kini bolehlah muat turun borang permohonan biasiswa Sony EMCS (Malaysia) Sdn.Bhd secara online. Syarikat Sony telah menawarkan bantuan biasiswa kepada mereka yang layak dan ini adalah julung kalinya syarikat itu memberikan bantuan seumpama ini.


Tarikh Tutup Permohonan 
Sekiranya berminat anda boleh menghantar permohonan sebelum atau pada 22 September 2017. Sebarang kelewatan tidak akan dilayan.

Kriteria  
Berikut adalah kriteria yang diperlukan:
  • Warganegara Malaysia dengan umur di bawah 25 tahun
  • Pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda di IPTA / Universiti Awam dan kini dalam tahun kedua atau ketiga
  • Pencapaian akademik cemerlang di sekolah (Tahap SPM / O), Pra-universiti (STPM / A Level / Matriculations)
  • Diploma dan kelayakan ijazah semasa (untuk tahun / semester yang lengkap) dengan PNGK minimum 3.0
  • Mahir dalam bahasa Inggeris, rajin, mempunyai pencapaian akademik cemerlang yang dipadankan dengan ciri kepribadian yang positif dan mempunyai aktiviti tambahan kokurikulum.

Amaun Biasiswa 
Sony Malaysia menawarkan sejumlah rm9,000 setahun kepada pemohon yang layak. Untuk makluman, pelajar dibawah tajaan biasiswa Sony ini dikehendaki untuk berkhidmat dengan syarikat tersebut setelah tamat pengajian nanti. Pelajar akan terikat dan mesti bersedia untuk berkhidmat dengan Sony EMCS (M) Sdn. Bhd untuk tempoh masa yang ditetapkan berdasarkan (Terma & Syarat dikenakan).

Bidang-Bidang 
Senarai bidang yang ditawarkan tajaan biasiswa Sony:
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik & Elektronik, Mekanikal atau Perisian)
  • Sarjana Muda Perniagaan (Sumber Manusia, Ekonomi, Perakaunan & Kewangan atau Pentadbiran)
  • Sarjana Muda Teknologi Maklumat atau Komputer.
  • Bidang lain yang berkaitan dengan bidang di atas.

Cara Memohon 
Permohonan biasiswa ini boleh dibuat dengan cara memuat turun borang permohonan melalui link dibawah.

Klik DI SINI untuk MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN.

Borang permohonan haruslah disi dengan lengkap dengan menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan dihantar menggunakan pos ke alamat berikut:

Human Resource Division
Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd.
Lot 5, Jalan Kemajuan, Bangi Industrial Estate,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Attention to: MR. KHUSAIRI / MS. ALIAA

HUBUNGI

Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa Sony, anda boleh terus berhubung:
Tel: 03-8913 7212/7214
Email: KLScholarship.SOEM@ap.sony.com