5 Aug 2017

Accredetation Of Prior Experiential Learning (APEL)


Accredetation Of Prior Experiential Learning (APEL). APEL adalah Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL terbahagi kepada dua jenis iaitu APEL bagi Tujuan Akses [(APEL(A)] dan APEL bagi Tujuan Penganugerahan Kredit [APEL(C)] .

APEL(A) memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Secara umumnya, penilaian APEL(A) melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu. Sehingga kini penilaian APEL(A) telah dibuka untuk EMPAT tahap kemasukan iaitu:

1. Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);

2. Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);

3. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan

4. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).

APEL(C) pula adalah proses penilaian pembelajaran (tidak formal dan bukan formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) terhadap hasil pembelajaran yang telah ditetapkan bagi sesuatu kursus dalam mana-mana program pengajian bagi tujuan menganugerahkan kredit. Penekanan harus diberi kepada konsep utama APEL(C) iaitu penilaian pembelajaran oleh seseorang individu dan bukannya penilaian pengalaman. Penilaian tersebut adalah ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalamannya dalam mencapai hasil pembelajaran sesuatu kursus.

Maklumat lanjut dan permohonan untuk APEL boleh dilayari di web ini http://www2.mqa.gov.my/APEL/