13 Mar 2020

Penangguhan Program Sukan Dan Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah Seluruh Negara


Berikutan dengan penularan wabak Coronavirus atau Covid-19 di seluruh dunia dan juga di Malaysia yang semakin membimbangkan, sehinggakan WHO mengisyhtiharkan wabak ini sebagai pandemik menyebabkan kerajaan Malaysia mengambil langkah-langkah dan tindakan sewajarnya di semua peringkat bagi mencegah jangkitan Covid-19 ini dari merebak.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali dalam mengambil inisiatif untuk mencegah jangkitan Covid-19 dikalangan murid-murid, guru-guru, kakitangan serta semua warga KPM di seluruh negara  dan telah mengeluarkan kenyataan media pada 13 Mac 2020 bagi menangguhkan program sukan dan aktiviti kokurikulum bagi bulan Mac 2020 berkuatkuasa serta merta.

Kenyataan Media: Penangguhan Program Sukan Dan Aktiviti Kokurikulum Berikutan Penularan Jangkitan Novel Coronavirus (Covid-19)

Sumber: KPM