3 Aug 2018

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) Peringkat Ketiga Terkini


Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) Peringkat Ketiga Terkini. Bagi penerima Bantuan Sara Hidup atau sebelum ini dikenali sebagai BRIM, anda boleh menarik nafas lega kerana pembayaran Bantuan Sara Hidup ini telah dipercepatkan dan bermula  pada 15 Ogos 2018 ini.


Pengumuman ini telah dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyatakan bahawa peruntukan sebanyak Rm1.6 bilion telah disediakan melibatkan 4.1juta penerima di seluruh negara. Keputusan kerajaan ini dibuat bersempena dengan Hari Raya AidilAdha yang jatuh pada 22 Ogos nanti agar orang ramai boleh membuat persediaan awal untuk menyambut perayaan tersebut.

Cara pembayaran BSH akan diterus dikreditkan ke akaun bank penerima mulai pada tarikh tersebut. Beliau juga berkata bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun bank, surat kelulusan mereka akan dipos ke alamat masing-masing dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sumber : AstroAwani