15 Aug 2018

I-Suri Insentif KWSP Untuk Suri Rumah Balu Dan Ibu Tunggal


I-Suri Insentif KWSP Untuk Suri Rumah Balu Dan Ibu Tunggal. I-Suri atau Program Sukarela Insentif telah diwujudkan oleh kerajaan untuk membolehkan suri rumah, balu dan ibu tunggal berpeluang menikmati sekuriti sosial yang berkualiti dan meningkatkan sekuriti pendapatan keluarga.

I-Suri akan dilaksanakan secara berperingkat dan dibahagikan kepada 3 fasa. Pada fasa pertama, pencarum atau ahli SURI boleh menyimpan minimum RM5 sebulan ke dalam akaun KWSP masing-masing dan kerajaan pula akan menyumbang RM40 sebulan.

Pada fasa kedua pula, kerajaan akan menaikkan sumbangan kepada RM50 yang mana sejumlah RM10 akan diagihkan untuk perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO). Fasa kedua ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun depan.

Pada fasa ketiga, 2% daripada sumbangan KWSP suami akan dimasukkan dalam akaun isteri dan dijangka dilaksanakan pada tahun 2020 kerana memerlukan beberapa pindaan Akta KWSP 1991.


Syarat kelayakan Untuk Mencarum KWSP i-Suri
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam eKasih setakat 30 Jun 2018, termasuk:
    - Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
    - Ketua Isi Rumah (KIR) Wanita – Balu, bercerai atau bujang
  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun

Cara Mendaftar

Pendaftaran ahli KWSP/ I-Suri bagi individu yang layak dibuka bermula 15 Ogos 2018 dan pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter KWSP di seluruh negeri.



Cara Pembayaran Caruman
  • Caruman boleh dilakukan secara tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • Boleh dilakukan secara tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB
  • Caruman juga boleh dibuat secara pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan PublicBank 

Untuk mengetahui info lanjut anda boleh layari www.kwsp.gov.my dan www.kpwkm.gov.my