Tarikh Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14). Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) telah mengumumkan secara rasmi melalui kenyataan medianya di portal SPR
berkaitan tarikh pilihanraya akan diadakan dan tarikh-tarikh berkaitan.
TARIKH-TARIKH PENTING PILIHAN RAYA UMUM
(PRU14)
SPR telah menetapkan
tarikh-tarikh seperti berikut:
TARIKH KELUAR WRIT
|
11 APRIL 2018 (RABU)
|
HARI PENAMAAN CALON
|
28 APRIL 2018 (SABTU)
|
HARI MENGUNDI AWAL
|
5 MEI 2018 (SABTU)
|
HARI MENGUNDI
|
9 MEI 2018 (RABU)
|
SPR telah menetapkan tempoh berkempen selama 11 hari bermula pada hari penamaan calon dan berakhir pada pukul 11.59 malam pada 8 Mei 2018. Sebelum ini, tempoh berkempen pada PRU13 adalah 15 hari manakalah PRU12 pula adalah 13 hari.
Seramai sejumlah 14, 636,716 pengundi
layak mengundi berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan pada Pilihan Raya Umum kali
ini melibatkan 222 kerusi Parlimen serta 555 kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN).
Sila rujuk Kenyataan Media SPR