Semak Daftar
Pemilih Online dan Sms. Pilihan raya
umum ke-14 rasanya tidak lama lagi. Adakah anda sudah mendaftar sebagai
pemilih? Sekiranya sudah, bagaimana hendak menyemak lokasi tempat anda membuang
undi. Caranya mudah sahaja kerana Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) telah menyediakan cara mudah untuk orang awam menyemak
nama mereka. Anda boleh memilih sama ada membuat semakan secara online atau pun
sms.
Mengundi adalah menjadi hak setiap warga negara yang
layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil
rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan
Negeri. Oleh itu tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia haruslah
mendaftar sebagai pemilih.
Semak Daftar
Pemilih Secara Online
Bagi mereka yang baru mendaftar dan pertama kali
mengundi pada PRU14 yang akan datang atau pun yang sudah lama jadi pemilih
namun masih belum tahu bagaimana menyemak tempat mengundi, panduan ini akan
membantu anda sedikit sebanyak.
Berikut adalah panduan mudah yang anda boleh ikuti:
1.Sila masuk ke portal SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
2.Paparan berikut akan muncul. Kemudian Sila Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN (tanpa
"-" atau "space")
Anda sudah boleh menyemak Lokaliti, Daerah Mengundi,
DUN, Parlimen anda.
Semak Daftar
Pemilih Secara SMS
Orang awam juga boleh membuat semakan melalui SMS
sahaja dan ini juga amat mudah dan senang dilakukan. Caranya mudah sahaja boleh
rujuk di bawah :
Untuk semakan taip :
SPR<jarak>NoKP
& SMS ke 15888
Contoh SPR
780121121234
ATAU
SPR<jarak>SEMAK<jarak>NoKP & SMS ke 15888
Semoga panduan ini dapat membrikan info kepada orang
awam terutama kepada pengundi-pengundi. Selamat mengundi pada PRU14 nanti.