CARA DAFTAR DAN AKTIFKAN I-AKAUN KWSP (EPF) SECARA ONLINE


Cara mendaftar dan aktifkan i-Akaun KWSP (EPF). Sudahkah anda mempunyai i-Akaun KWSP? Bagi mereka yang bekerja dan mempunyai caruman KWSP sudah tentu sinonim dengan i-Akaun. Mungkin masih ada yang belum mendaftar i-Akaun KWSP ini kerana tidak tahu akan kemudahan yang tersedia atau tidak tahu cara untuk mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun.

Untuk pengetahuan, i-Akaun merupakan satu sistem aplikasi yang direka secara online oleh KWSP untuk memudahkan ahli melakukan urusan yang tidak memerlukan mereka datang ke cawangan-cawangan KWSP. Di sini akan ditunjukkan langkah atau cara untuk mendaftarkan dan mengaktifkan i-Akaun KWSP. Sebelum itu untuk mengetahui kemudahan yang disediakan kepada ahli pencarum sila rujuk di bawah.

Antara kemudahan kepada ahli yang telah mempunyai i-Akaun adalah:
·         Memohon e-Pengeluaran
Bagi ahli yang ingin membuat e-pengeluaran seperti membayar pinjaman PTPTN, anda hanya perlu memohon melalui portal i-Akaun ini. Dan urusan seterusnya anda perlu menghantar dokumen ke cawangan KWSP. Selain itu ahli juga boleh memohon pengeluaran pendidikan dan perumahan.

·         Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
Hendak menyemak penyata KWSP, ini akan menjadi mudah kerana hanya perlu login ke i-Akaun sahaja. Anda boleh menyemak penyata anda setiap masa untuk memastikan caruman anda telah dimasukkan. Mudah bukan tidak perlu lagi berpeluh mengharungi kesesakkan lalulintas semata hendak ke cawangan KWSP atau kiosk untuk dapatkan penyata.

·         Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
Bagi mereka yang pernah membuat permohonan dan pengeluaran sebelum ini, anda juga boleh melihat sejarah atau status tersebut.

·         Menyemak maklumat penamaan
Melalui portal ini, anda juga boleh membuat penamaan atau waris anda.

·         Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
Memudahkan ahli membuat anggaran kira-kira untuk masa depan kerana ianya boleh diakses setiap masa.

·         Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
Portal ini juga memudahkan ahli mengemaskini butiran peribadi sekiranya ada sebarang perubahan.

·         Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
Memudahkan ahli menyemak transaksi caruman mereka setiap bulan dari majikan untuk memastikan caruman konsisten.

·         Menyemak log aktiviti i-Akaun
Oleh kerana i-Akaun ini mudah diakses secara online, ahli boleh menyemak aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada setiap masa.


Bagaimana untuk saya mendaftar i-Akaun?

Bagi mereka yang baru pertama kali ingin mendaftar i-Akaun, anda perlu membuat pendaftaran i-Akaun terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan ini. Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan.  Anda juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan myKad. 

Ahli dapat mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata laluan sementara yang diterima selepas pendaftaran. Pengaktifan perlu dibuat melalui laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my dalam tempoh 30 hari.


LANGKAH-LANGKAH MENDAFTAR/AKTIFKAN I-AKAUN KWSP

Langkah 1
Layari http://www.kwsp.gov.my
Pilih Login ke i-Akaun Ahli


Langkah 2
Isikan ID Pengguna sementara yang diterima melalui SMS dan klik Seterusnya


Langkah 3
Isikan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS dan klik Login


Langkah 4
Pilih Setuju dan klik Seterusnya 



Langkah 5

ID Pengguna Sementara yang diterima melalui SMS akan terpapar di ruangan ID Pengguna. (ID Pengguna boleh dipinda hanya semasa proses pengaktifan sahaja)

ID Pengguna yang dipinda perlu mengandungi abjad sahaja atau nombor sahaja atau kombinasi abjad dan nombor,   8 - 16 aksara.

Cipta Kata Laluan baru dan sahkan   (8 -20 aksara, kombinasi abjad dan nombor. Contoh: password123)

Pilih Imej Online

Isikan Frasa Rahsia (Mengandungi abjad sahaja atau nombor sahaja atau kombinasi abjad dan nombor, maksimum 10 aksara) dan klik Seterusnya 


Langkah 6
Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
Ahli boleh terus login untuk menggunakan iAkaun