14 Mar 2018

PANDUAN MEMOHON PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA (YTP) MARA 2018 SECARA ONLINE


Program Pembangunan Bakat Muda Lepasan SPM 2017 (YTP) atau Young Talent Development Programme adalah satu program dibawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2017 bagi melahirkan pemimpin, teknokrat, profesional dan usahawan negara.

Ini adalah salah satu inisiatif MARA untuk membantu anak-anak muda selaras dengan objektifnya untuk membangunkan usahawan berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan berintegriti, menyumbang kepada pemilikan ekuiti dan memudahkan sistem penyampaian.

Bagi mereka yang berkelayakan anda dipelawa untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat-maklumat penting kepada mereka yang berminat.  


MAKLUMAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web MARA  ( http://www.mara.gov.my) 

Permohonan dibuka bermula 19 Mac 2018 jam 10.00 pagi hingga 26 Mac 2018 jam 5.00   petang.

Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memohon secara online.

Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri MARA Student Assessment Centre (MSAC).

Semakan panggilan untuk menghadiri MARA Student Assessment Centre (MSAC) boleh disemak dari semasa ke semasa dalam laman web MARA.


SYARAT UMUM

Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan  Warganegara Malaysia.

Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA

Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.

Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.

Keutamaan diberi kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah tertakluk kepada Dasar dan Syarat semasa MARA.


SYARAT KHUSUS

- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pertama kali pada tahun 2017. 
- Permohonan hanya dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2017 sahaja.
- Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.



Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:-    

Telefon           : 03-261 32487 / 32108 / 32065 / 32098
Email              :  postspm@mara.gov.my
Facebook        :  Postspmmara