11 Nov 2017

Biasiswa Maxis 2017


Maxis merupakan salah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi terkemuka di Malaysia. Dengan perkembangan yang positif Maxis telah merekakhas satu program yang dinamakan Maxis What’s Next Scholarship kepada mereka yang berminat untuk mengikuti ijazah / diploma pascasiswazah (dalam mana mana bidang pilihan); sama ada di universiti tempatan atau di luar negara.

Syarat  Permohonan Biasiswa Maxis
- Mestilah warganegara Malaysia yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi
- Mempunyai tawaran dari universiti tempatan atau asing untuk melanjutkan ijazah/diploma  pascasiswazah
- Mempunyai rekod pencapaian akademik yang baik
- Mempunyai semangat keusahawanan dan gembira bekerja dalam persekitaran yang pantas
- Berkebolehan bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik
- Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja
- Mempunyai kualiti kepimpinan yang telah terbukti
- Seorang yang berpengalaman tinggi, sangat bermotivasi dan memiliki keperibadian yang dinamik

Adalah diingatkan bahawa semua penerima biasiswa dikehendaki bekerja dengan syarikat Maxis setelah menamatkan pengajian mereka.
 

Tarikh Tutup Permohonan
Semua permohonan haruslah dihantar selewat-lewatnya 31 Disember 2017 untuk diproses.

Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara online di sini
https://maxissurvey.typeform.com/to/DMlDIC

Hubungi
Untuk pertanyaan lanjut boleh hantarkan emel anda ke scholar@maxis.com.my
Atau untuk maklumat lanjut sila  Klik Di Sini