17 Mar 2018

Permohonan Online Kemasukan Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi Jun 2018

Permohonan Online Kemasukan Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi Jun 2018. Berita baik bagi lepasan SPM 2017, bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Kolej Profesional MARA (KPM), anda boleh membuat permohonan secara online yang kini telah dibuka. Permohonan ini adalah untuk sesi kemasukan Jun 2018. Jangan tunggu sehingga permohonan ditutup kerana KPM menawarkan pelbagai program Diploma yang menarik.


Sebelum mengisi permohonan anda, sila rujuk dulu syarat kelayakan yang diperlukan untuk mengikuti program yang diminati di link ini  http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ syaratKPM.html

Serba sedikit tentang KPM:

Kolej Profesional MARA (KPM) merupakan kolej bantuan penuh kerajaan yang menawarkan program-program diploma dan sijil. Kurikulum KPM digubal oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan dikemas kini dari semasa ke semasa supaya pelajar-pelajar KPM mempunyai pengetahuan terkini dan bersedia untuk mengisi keperluan industri negara.  

Setiap kampus KPM menawarkan kemudahan prasarana yang lengkap bagi kemudahan dan keselesaan pelajar. Antaranya dewan kuliah, bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet, makmal bahasa, asrama, fasiliti sukan dan riadah, kafetaria, surau dan lain-lain lagi. 

Kolej Profesional MARA sedia ada di seluruh negara:

1.     Kolej Profesional MARA Beranang
2.     Kolej Profesional MARA Ayer Molek
3.     Kolej Profesional MARA Indera Mahkota
4.     Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
5.     Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
6.     Kolej Profesional MARA Bandar Melaka

Program-program yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA

1.     Diploma in Accountancy (DIA)
2.     Diploma in Business Studies (DBS)
3.     Diploma in Computer Science (DCS)
4.     Diploma in Agro Business (DAB)
5.     Diploma in Entrepreneurship (Den)
6.     Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
7.     Diploma in English Communication (DEC)
8.     Diploma in Computer Networking (DCN)
9.     Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
10.   Diploma in International Business (DIB)
11.   Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
12.   Diploma in Marketing (DMk)
13.   Certified Accounting Technician (CAT)


CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara online dipautan
( http://apponline.mara.gov.my/spupim/ )

TARIKH PERMOHONAN
Permohonan telah pun dibuka bermula 1 Mac 2018 dan akan ditutup pada 30 Mac 2018.

Semakan kelayakan boleh akan mula dibuka pada 9 April 2018 dan tempoh rayuan boleh dibuat selepas mengetahui keputusan permohonan.

Tarikh Kemasukan pada 15 Mei 2018.


MAKLUMAT LANJUT

Sila layari portal  untuk maklumat lanjut http://apponline.mara.gov.my/upimonline)

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan sila hubungi talian yang disediakan 03-26134074 / 4075 / 4076 / 4077 / 4081