5 Oct 2017

Kemasukan Murid Bagi Program Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan Januari 2018


Berita baik bagi para pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ambilan Januari 2018,  anda kini boleh membuat permohonan secara online di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan secara online akan mula dibuka pada 10 Oktober 2017 hingga 20 Disember 2017.

Maklumat Kemasukan Murid Bagi Program Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan Januari 2018.

1. Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah   (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari     2018 seperti berikut :

- Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma) di Kolej Vokasional KPM

- Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia

- Program Kemahiran di :
     Kolej Vokasional KPM
    Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
    GIATMARA

 2. Permohonan secara online dibuka mulai 10 Oktober 2017 hingga 20 Disember 2017.

 3. Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari https://sptv.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional 
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)