12 Sep 2017

Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online: SAPS Ibu Bapa 2017

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS 2017 dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memudahkan ibubapa menyemak dan memantau keputusan anak-anak mereka secara online. Semakan disediakan bagi sekolah rendah Tahun 1 hingga 6, dan sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5. Sistem ini akan memaparkan slip keputusan dan juga markah peperiksaan pelajar.

Semakan boleh dibuat dengan langkah berikut:

1. Klik pautan ini untuk masuk ke laman web SAPS https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
    Kemudian paparan seperti dibawah akan muncul.


2. Masukkan No KP atau Sijil Lahir pelajar.
3. Pilih sekolah rendah atau sekolah menengah.
4. Pilih tahun peperiksaan.
5. Masukkan Kod Pengesahan dan kemudian klik Semak. Setelah masuk ke SAPS, anda bolehlah memilih jenis peperiksaan yang ingin disemak.