4 Aug 2017

Permohonan Rayuan UPU Online Bagi Lepasan STPM/Setaraf Ke Universiti Awam Sesi Akademik 2017/2018

Untuk makluman kepada pelajar lepasan STPM atau setaraf, yang sebelum ini gagal mendapat tempat ke IPTA anda boleh membuat rayuan semula untuk permohonan anda dipertimbangkan. Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal khas yang disediakan.
Proses permohonan rayuan telah dibuka bermula pada 3 Ogos 2017 ( Khamis) dan akan ditutup pada tengah malam 7 Ogos 2017 (Isnin). Rayuan ini hanya untuk calon yang gagal mendapat tempat sebelum ini. Permohonan rayuan dibuka selama 5 hari sahaja, jadi jangan lepaskan peluang segeralah membuat rayuan anda melalui portal rasmi UPU  di http://upu.mohe.gov.my/



Untuk keterangan lanjut, anda boleh terus menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU),
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di alamat :

Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hotline 1 : 03-8870 8200
Faks : 03-8870 6864
Emel : upu@mohe.gov.my