27 May 2020

Cara Mudah Dapat Bayaran Adsense Terus Ke Akaun Bank


Cara mudah dapat bayaran adsense terus ke akaun bank sendiri. Sebagai seorang blogger anda tentunya sudah mengetahui beberapa kaedah untuk mengeluarkan income adsense setelah melepasi threshold yang telah ditetapkan untuk pembayaran. Terdapat 3 kaedah untuk menerima pembayaran dari Google Adsense iaitu melalui cek, Western Union atau Wire Transfer terus ke akaun bank penerima.

Bagi blogger yang baru pertama kali akan menerima pembayaran Adsense mereka tentunya ingin memilih cara yang paling mudah dan cepat untuk mengeluarkan income mereka dari Adsense.

Sekiranya mempunyai akaun bank ada baiknya menggunakan kaedah wire transfer kerana kaedah ini lebih cepat dan mudah dimana pembayaran akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima secara automatik  berbanding menggunakan cek atau pun melalui Western Union yang mengambil masa berminggu-minggu dan terpaksa melalui beberapa proses sebelum dapat menerima pembayaran adsense mereka.


Cara Mudah Dapat Bayaran Adsense Terus Ke Akaun Bank

Di sini dikongsikan cara mudah untuk mendapat bayaran Adsense terus ke akaun bank.

1. Login ke akaun Adsense.
2. Di bahagian sidebar, klik Payments kemudian MANAGE PAYMENT METHODS.
3. Klik ADD PAYMENT METHOD dan kemudian pilih Add new wire transfer details.
4. Sila masukkan semua maklumat yang diminta dengan lengkap.

Sila rujuk gambarajah di bawah sebagai panduan :






Jangan lupa klik Set as primary payment method dan klik Save. Setelah proses selesai dan disahkan oleh Adsense maka anda hanya perlu menunggu pembayaran dimasukkan ke akaun sekurang-kurangnya dalam tempoh 1 hingga 5 hari bekerja.


Anda boleh merujuk transaksi pembayaran yang dibuat di View Transaction di bahagian Payment seperti dibawah:


Semoga panduan ini dapat membantu blogger yang baru mula menggunakan Google Adsense.

This Is The Newest Post