19 Apr 2018

SEMAK KEPUTUSAN UPU 2018 ONLINE


Semak Keputusan UPU 2018 Secara Online. Bagi calon-calon yang telah membuat permohonan UPU secara online sebelum ini untuk kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik Premier, Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA sesi 2018/2019, anda boleh merujuk halaman ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan keputusan permohonan UPU.

Di sini disertakan tarikh-tarikh penting (update terbaru) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di portal UPU berkenaan semakan panggilan temuduga, hebahan keputusan permohonan, permohonan rayuan dan pautan semakan.

TARIKH-TARIKH PENTING UPU 2018
23 APRIL – 06 MEI 2018
Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM
*tertakluk kepada UA
23 – 29 APRIL 2018
Proses Temuduga oleh UA Dijalankan Lepasan SPM
*tertakluk kepada UA
07 MEI – 13 MEI 2018
Semakan Panggilan Ujian MedSI & Program Temuduga
Bukan Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf
16 MEI – 20 MEI 2018
Ujian MedSI (Pendidikan)
16 MEI – 25 JUN 2018
Temuduga Bukan Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf
*tertakluk kepada UA
21 MEI – 25 MEI 2018
HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN
LEPASAN SPM
Permohonan Rayuan UPUOnline Lepasan SPM ke UA/
Politeknik Premier Dibuka
25 MEI 2018
Permohonan UPUOnline Rayuan Lepasan SPM Ditutup
30 MEI 2018
Semakan Panggilan Temuduga Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf
*tertakluk kepada UA
04 JUN – 27 JUN 2018
Temuduga Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf
*tertakluk kepada UA
11 JUN – 17 JUN 2018
Hebahan Keputusan Rayuan UPUOnline ke UA/Politeknik Premier Lepasan SPM
28 JUN 2018
UPUOnline Fasa 2 (Matrikulasi/Asasi UITM & PASUM) Dibuka
02 JULAI 2018
Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/Asasi) Ditutup
30 JULAI – 05 OGOS  2018
HEBAHAN KEPUTUSAN UPUONLINE LEPASAN STPM/SETARAF
Permohonan UPUOnline Rayuan STPM/Setaraf Dibuka
06 OGOS – 12 OGOS  2018
Permohonan UPUOnline Rayuan STPM/Setaraf Ditutup
20 OGOS – 26 OGOS  2018
Hebahan Keputusan Rayuan Fasa 1 UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf
10 – 14 SEPTEMBER 2018
Hebahan Keputusan Rayuan Fasa 2 UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf


CARA SEMAK KEPUTUSAN UPU 2018

Semakan keputusan UPU bagi calon Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf boleh dibuat secara online dan sms.

Semakan Secara Online
Layari portal http://upu.mohe.gov.my
atau melalui aplikasi UPUPocket.


Semakan Secara SMS
Universiti Awam (UA) dan Politeknik Premier
Taip: UPU(jarak)RESULT(jarak)NO. KAD PENGENALAN dan hantar SMS ke 15888.

Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti/ ILKA (TVET)
Taip: UPU(jarak)TVET(jarak)NO. KAD PENGENALAN dan hantar SMS ke 15888.

Semakan Keputusan UPU 2018 akan diupdate sekiranya ada perubahan terbaru dari portal rasmi UPU. Dimaklumkan kepada calon-calon bahawa semua semakan keputusan ini akan aktif pada masa atau tarikh yang telah ditetapkan. Anda digalakkan untuk merujuk portal UPU setiap masa untuk mendapatkan berita terkini.