22 Feb 2018

PERMOHONAN KEMASUKAN KE JMTI ADTEC & ILP SESI JULAI 2018 SECARA ONLINE



PANDUAN MASUK KE ILJTM SESI JULAI 2018


Hebahan untuk Lepasan SPM 2017 yang sedang menunggu keputusan tidak lama lagi dan juga Lepasan SKM/ST. Permohonan secara online untuk kemasukan ke JMTI, ADTEC & ILP sesi Julai 2018 telahpun dibuka bermula 5 Februari 2018 hingga 10 April 2018.


Untuk pengetahuan, penubuhan (ILJTM) atau penuhnya Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia adalah untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor industri negara dan objektif utama ILJTM ialah melahirkan tenaga manusia yang berkemahiran dan optimum menerusi program-program yang disediakan.

ILJTM mempunyai 23 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) di seluruh Malaysia, 8 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi atau Advance Technology Training Center (ADTEC) serta sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). ILP menawarkan program diperingkat Sijil dan Sijil Lanjutan serta Diploma. Program diperingkat Diploma dan Diploma Lanjutan pula ditawarkan di ADTEC dan JMTI.


SYARAT KEMASUKAN KE ILJTM

LEPASAN SPM        
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun; 
  3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM); 
  4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja); dan 
  5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata / tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
LEPASAN SKM /ST
  1. Warganegara Malaysia; 
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun; 
  3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM/ST); 
  4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan ; dan 
  5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata / tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. 


CARA MEMOHON KE ILJTM

ILJTM membuat pengambilan sebanyak 2 kali setahun iaitu kemasukan Januari dan Julai. Permohonan yang dibuka sekarang adalah untuk kemasukan Julai 2018. Pemohon bebas untuk memilih kursus yang diminati dan institusi latihan tetapi mestilah mengikut syarat yang ditetapkan.


Permohonan ke ILJTM sesi Julai 2018 boleh dibuat secara online  melalui laman web UPU


Anda juga boleh melayari portal rasmi JTM di http://www.jtm.gov.my untuk maklumat lengkap.


TARIKH-TARIKH PENTING KEMASUKAN KE ILJTM SESI JULAI 2018


MAKLUMAT LANJUT UNTUK DIHUBUNGI

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418
E-mel: jtm@mohr.gov.my