17 Aug 2017

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2017

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2017 akan diumumkan pada hari Khamis depan (24 Ogos). Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, seramai12,589 calon mendaftar dan telah menduduki peperiksaan ini di 229 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Tiga mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan SPM Ulangan iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.
  Keputusan calon akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh mendapatkannya dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar menduduki peperiksaan itu.  Calon juga boleh menyemak keputusan melalui mySMS 15888 dan perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai 10 pagi 24 Ogos sebelum ditamatkan pada 6 petang, 30 Ogos. Seramai 1,707 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan ia berjalan lancar.